JARINGAN hattrik penyerang Uruguay, Luis Suarez dan Edinson Cavani melenyapkan sorakan lebih 40,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi apabila pasukan pelawat itu menang 7-1 dalam perlawanan persahabatan. Satu gol lagi disumbangkan oleh pemain gantian Sebastian Eguren.
Indonesia mengejutkan pasukan pelawat menerusi gol pendahuluan pada minit ke 18 apabila Boaz Salosso berdepan hanya penjaga gol Uruguay, selepas mendapat hantaran cantik daripada Bambang Pamungkas.
Dalam satu lagi perlawanan persahabatan Jepun menewaskan Argentina dengan 1-0.