nuffnang ads

Friday, October 8, 2010

PEGAWAI PERHUTANAN DICULIK DAN DILARIKAN KETIKA OPERASI "OPS JEJAK BAKAU'

RAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

SEORANG pegawai Jabatan Perhutanan Selangor yang terbabit dalam operasi merampas kayu bakau yang dicuri dari hutan sepanjang pantai Pelabuhan Klang, dijadikan tebusan dan diugut menggunakan parang sebelum dilarikan selama 20 minit oleh dua pencuri kayu bakau siang tadi.

Mohd Norizan Manan, 28, ketika itu sedang memunggah kayu bakau yang dirampas ke dalam bot, apabila dua lelaki berparang dipercayai ahli sindiket mencuri kayu bakau mengacukan parang ke lehernya dan memaksa mengikut mereka.

Dia yang terkejut tidak menyangka diperlaku begitu bagaimanapun, hanya tenang dan mematuhi arahan yang diberikan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

Menurut Norizan, sepanjang dilarikan dua lelaki itu dia sentiasa diugut akan dibunuh jika melawan atau membantah. Bagaimanapun, selepas 20 minit dilarikan mengikut jalan laut, dia ditinggalkan di tepi kawasan berhutan di Pelabuhan Klang.

Menggunakan telefon bimbitnya, Norizan menghubungi Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan, Mohd Yussainy Mohd Yusof meminta bantuan. Mohd Yussainy yang menyelia operasi seramai enam orang itu segera mengarahkan sebuah bot untuk menyelamatkan Norizan.

Menurut Yussainy, operasi itu bertujuan mencegah kegiatan mencuri kayu bakau yang berleluasa. Dalam operasi itu pihaknya berjaya merampas kayu bakau dianggarkan bernilai lebih RM150,000.

Mengenai insiden yang menimpa Norizan, beliau berkata satu laporan polis akan dibuat esok.
Mohd Yussainy menunjukkan bagaimana dua lelaki yang menculik Norizan menggunakan parang untuk mengugut pegawainya itu (The New Straits Times)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10