Salah seorang yang ditahan pada 8 Oktober lalu adalah bakal pengantin yang sepatutnya bernikah pada 10.10.10 lalu.
Sehari sebelum itu, rakannya ditahan kerana disyaki melakukan samun ke atas 19 stesyen minyak. Kedua-duanya sah menggunakan pistol palsu dalam rompakan membabitkan kerugian lebih RM35,000.
![]() |
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab menunjukkan dua pistol palsu yang digunakan dua penjenayah untuk menyamun 19 stesyen minyak. (Gambar Sharizal Mohd Nor Berita Harian) |