SAYA bercakap sebagai seorang pemandu. Saya juga bercakap berdasarkan pengalaman sebagai pengajar memandu berkelayakan selama enam tahun. Saya juga bercakap sebagai bekas wartawan jenayah akhbar nombor satu negara yang sering membuat liputan dan menulis berita tentang kes kematian kemalangan. Dan paling penting saya bercakap sebagai seorang manusia yang sejak remaja dilatih dan diajar cara hidup berdisiplin di Maktab Tentera DiRaja.
Mengulas kemalangan maut melibatkan 12 nyawa terkorban di kilometer 223, Lebuhraya Plus semalam, saya melihat bukan berapa banyak saman yang dimiliki oleh seseorang pemandu sebagai neraca tepat untuk mengukur atau mencari punca kemalangan itu berlaku.
Berdasarkan pengalaman saya ada jawapannya. Namun bagi pembaca, jawablah sendiri secara jujur di dalam hati.
1.Golongan mana paling banyak memandu laju di jalan raya.
2.Golongan mana paling gemar mengajak bergaduh kalau berlaku kemalangan di jalan raya
3.Golongan mana paling suka memandu dalam keadaan mabuk
4.Golongan mana paling suka meletak kenderaan sesuka hati di petak parkir
5.Golongan mana paling suka meletak kenderaan di tepi jalan
6.Golongan mana paling suka memandu lori dan treler dengan laju sambil membunyikan hon
7.Golongan mana paling suka mengekori kenderaan terlalu rapat
8.Golongan mana walaupun melakukan kesalahan di jalan raya akan memarahi orang yang tidak bersalah
9.Golongan mana paling kerap tidak memberi isyarat atau duduk di lorong betul
10.Tanyalah kepada semua penjual kereta terpakai di negara ini, kereta golongan mana yang paling sukar untuk dijual semula
Jika anda jujur, anda jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas secara hati lapang. Kita tak boleh berbohong bahawa golongan itulah sebenarnya yang paling tidak berdisiplin, paling tidak berhemah dan paling tidak tahu menghormati orang lain ketika berada di jalan raya. Tepuk dada tanya selera!
Dan golongan itulah sebenarnya antara penyumbang atau golongan yang sering mencetuskan provokasi sehingga jalan raya di Malaysia sering bertukar menjadi sungai mayat!