nuffnang ads

Monday, October 11, 2010

BAS DIPANDU LAJU UNTUK MEMOTONG TAPI GAGAL

PEMANDU bas ekspress Delima dipercayai memandu laju untuk memotong sebuah kenderaan tetapi gagal lalu bas itu terhoyong-hayang sebelum melanggar pembahagi jalan dan terhumban memasuki laluan bertentangan lalu  merempuh beberapa kenderaan.

Menyaksikan sendiri peristiwa itu sebelum satu kemalangan dasyat berlaku, salah seorang penumpangnya, Tew Chi Ling, 18, yang terselamat bagaimanapun masih trauma dan terganggu fikiran.

Pelajar Kolej Bandar Utama (KBU) itu sempat melihat beberapa mayat bergelimpangan dan mendengar suara menjerit dan mengerang kesakitan. Itu cerita penumpang yang terselamat.

Bagi keluarga yang kehilangan anak tersayang, kesedihan tidak dapat diucapkan apatah lagi bagi seorang ayah, Abdul Karim yang meratap kehilangan anaknya, Norazmi, 24, kerana menjadi mangsa korban kemalangan itu.

Menurut Abdul Karim, anaknya itu kempunan untuk menerima ijazahnya Jumaat ini selepas menamatkanm pengajiannnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Katanya, Norazmi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum kejadian itu berlaku untuk berjumpa dengan kawan-kawannya bagi membincangkan persiapan konvokesyen. Namun di hujung kesedihan itu, Abdul Karim redha dengan pemergian Norazmi sebagai satu takdir.

Norazmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kempas, Selandar selepas jenazahnya dibawa balik dari Hospital Melaka. (HARIAN METRO)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10