![]() |
| Wilson memaksa pelajar itu memegang alat sulitnya di dalam bilik hotel. Kenapa pelajar itu lari? |
Dia dipercayai cuba menjadikan tarikh 10.10.10 sebagai tuah untuk meratah seorang gadis mentah, tetapi sikapnya yang terlalu gelojoh dikatakan menjadi punca pelajar perempuan itu ketakutan dan lari keluar dari bilik hotel.
Kejadian itu disedari beberapa petugas hotel berkenaan dan apabila ditanya, pelajar berkenaan yang pucat lesi memberitahu Wilson dalam keadaan tanpa seurat benang telah memaksanya memegang alat sulitnya sambil cuba melakukan mukadimah zina.
Oleh kerana kasihan dan simpati dengan pelajar itu yang mungkin tidak pernah diperlakukan begitu, petugas hotel memanggil polis.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Jakarta Utara Komisioner Polis (Kompol) Susatyo Purnomo ketika memberitahu Radio Elshinta, mengesahkan sepasukan polis telah menahan naib juara Indonesian Idol itu. Selepas siasatan, Wilson mengaku mencabul mangsa walaupun dia ditampar dan ditendang beberapa kali.
Difahamkan, Wilson dan pelajar itu yang asalnya sedikit gedik-gedik telah berkenalan lebih tiga bulan lalu menerusi seorang temannya. Mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini dan apabila tiba tarikh 10.10.10 Wilson tiba-tiba teringin.
Dia mengajak pelajar itu bersiar-siar dengan keretanya tetapi kemudian mengubah haluan ke arah sebuah hotel.
Menurut Purnomo, siasatan sedang dilakukan dan Wilson jika sabit kesalahannya boleh dihukum penjara sembilan tahun. Keluarga Wilson yang mendengar berita penangkapan anak lelaki mereka itu, dilaporkan bergegas cuba menjamin.
