nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

ANAK DERHAKA TUMBUK IBU SEHINGGA KOMA

KALAU seorang ibu yang melahirkannya sanggup ditumbuk sehingga koma, bagaimana pula nanti nasib isterinya? Silap-silap, setiap hari ditinjunya walaupun hanya berlaku kesilapan kecil.

Kejadian anak derhaka menumbuk ibunya sendiri ini berlaku di Kampung Mak Chili Paya, di Kemaman, jam 1.15 tengah hari kelmarin hanya gara-gara si ibu didakwanya lewat membuat persiapan majlis perkahwinannya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata polis telah menahan suspek yang merupakan anak ketiga mangsa. Dia akan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek pekerja di sebuah logi petroliam, dikatakan pulang ke rumah dan bengang kerana ibunya lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya lalu menumbuk muka ibunya sendiri. Si ibu oleh kerana terkena tumbukan yang kuat terjatuh dan mukanya tersembam ke kayu.

Ibu malang dikejarkan ke Hospital Kemamam, tetapi koma ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Bagaimana nanti nasib si isteri. Kata si Abby, kalaulah ibu dibuat begitu bagaimana pula dengan isteri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10