nuffnang ads

Tuesday, October 5, 2010

KEAJAIBAN WARGA EMAS, HASSAN DOLLAH 90 TAHUN: HILANG 5 HARI, DITEMUI SELAMAT

KEAJAIBAN berlaku di depan mata lebih 100 orang pasukan penyelamat dan mencari, apabila kira-kira jam 1.45 petang tadi, warga emas yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu, ditemui dalam keadaan selamat dan sedang makan buah dokong di dalam kebun getahnya.

Walaupun kelihatan sedikit lemah dipercayai tidak makan selama 5 hari, Hasan Dolah, 90, ditemui dalam keadaan bertongkat dan memegang beberapa tangkai buah dokong. Pasukan mencari juga seakan pelik kerana mereka telah meredah hampir seluruh kawasan berkenaan sejak kelmarin, tetapi tidak menemui warga emas itu.

 Namun kira-kira jam 1.45 petang tadi Hassan tiba-tiba sahaja dilihat telah berada di dalam kebun getahnya sambil memakan buah dokong.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Gua Musang, Kelantan, Che Rusli Che Salleh berkata, ketika ditemui Hasan sedang memegang tongkat dan beberapa tangkai dokong tetapi tidak diketahui daripada mana arah datangnya sebelum dia ditemui.

Hasan yang baru pulih dari angin ahmar sejak tiga tahun lalu dikatakan pergi ke kebun getahnya kira-kira jam 7 pagi lima hari lalu, tetapi selepas itu gagal pulang ke rumah walaupun pelbagai usaha dilakukan keluarga untuk mencarinya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10