SEBANYAK 650 besi bunga hiasan pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah di Kuala Terengganu, hilang dipercayai dicuri pihak tertentu.
Kejadian itu disedari oleh pasukan polis kira-kira jam 9 pagi Khamis lalu, ketika melakukan pemeriksaan rutin di kawasan sekitar istana berkenaan.
Istana itu adalah tempat bersemayam Yang DiPertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin apabila pulang ke bandaraya ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahalan, mengesahkan kejadian.