nuffnang ads

Sunday, October 10, 2010

MULAI TAHUN DEPAN BIL ELETRIK, AIR /UTILITI SEK. JENIS KEBANGSAAN CHINA AKAN DIBAYAR KERAJAAN

MULAI tahun depan, semua bil utiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) China di seluruh negara akan dibayar oleh kerajaan!

Presiden MCA, Chua Soi Lek, mengumumkan perkara itu sebentar tadi, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung MCA ke 57 di Wisma MCA di Kula Lumpur.

Maknanya, satu lagi keistimewaan diberikan oleh kerajaan kepada SRJK. Kalau mereka tidak mahu sekolah satu aliran, tidak apa, tapi dengan semakin banyak keistimewaan yang diberikan ini diharapkan golongan pelajar Cina semakin berazam untuk belajar bahasa Malaysia. Semoga tidak ada lagi generasi mereka yang kurang fasih berbahasa Malaysia, sebagai bukti kita Anak Malaysia! Semoga tidak lahir generasi seperti Namewee yang tidak fasih berbahasa Malaysia, tetapi tetap mengaku anak Malaysia!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10