nuffnang ads

Sunday, September 12, 2010

WANG, GANGSTER DAN JENAYAH TERANCANG KERANA TAMAK

PERBALAHAN kewangan berhubung urusniaga jual beli tanah, akhirnya membawa kepada pembunuhan. Tidak cukup dengan itu, penggunaan khidmat ahli kumpulan samseng dan perancangan dalam bentuk penipuan dan jenayah terancang dipercayai menjadi elemen utama dalam pembunuhan Datuk Soosilawati, Kamarudin, Ahmad Kamil dan Norhisham.

Dalang di sebalik jenayah kejam ini, dikatakan pernah terbabit dalam kes penipuan dan turut dikaitkan dengan kehilangan beberapa pelanggan urusan jual beli tanah sebelum ini. Namun penggunaan gangster, perancangan jenayah dengan membuang bukti menggunakan modus operandi bunuh dan bakar serta mengambil kesempatan daripada hubungan baik dengan orang politik dan kenamaan menyebabkan dia sering terlepas.

Malah bukan rahsia lagi dikatakan dalang ini dan saudaranya yang juga seorang profesional mempunyai kaitan terus dengan sindiket penipuan pemilikan, pembelian dan penjualan tanah sebelum ini sehingga menyebabkan banyak pelanggan dan pemilik tanah asal kehilangan tanah mereka. Sering menggunakan ugutan apabila berurusan menyebabkan ada pelanggan buntu untuk mencari jalan mendapatkan hak mereka.

Namun kini, polis dipercayai mendapat petunjuk dan kekuatan baru dalam usaha menghadapkan penjenayah kejam ini ke muka pengadilan. Malah disarankan juga supaya semua pihak, termasuk ahli politik peringkat bawahan dan atasan, kumpulan gangster dan sindiket penipuan jual beli tanah dilumpuhkan terus.

Banyak yang mengenali dalang @ penjenayah kejam ini, tetapi kenapa mereka sukar sangat membuka mulut. Jangan biarkan tanah air ini diduduki oleh penjenayah yang tidak berhati perut. Mereka mesti dihukum dan diberi pengajaran bahawa penggunaan gangster atau penipuan licik serta hubungan baik dengan orang politik bukan lesen untuk mereka mendabik dada atau mengambil nyawa orang sewenang-wenang. Rakyat seluruh negara hari ini mulai membenci dan menyatakan perasaan kesal di atas apa yang terjadi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10