nuffnang ads

Sunday, September 12, 2010

SAMSENG BUNUH SOOSILAWATI TERBABIT BUNUH SEKURANG-KURANGNYA LAPAN MANGSA TAHUN INI!!

Kumpulan lelaki termasuk remaja 19 tahun yang ditahan polis kerana disyaki terbabit pembunuhan Datuk Soosilawati, Kamarudin, Ahmad Kamil dan Norhisham dikatakan mengaku membunuh sekurang-kurangnya lapan mangsa tahun ini.

Ini termasuk empat mangsa lain sebelum ini yang dipercayai ada kaitan dengan urusniaga bersama peguam berpangkat Datuk dan konco-konconya. Pengakuan mereka kepada polis juga membuktikan mereka menggunakan modus operandi yang sama, iaitu bunuh, bakar dan abu mayat mangsa dibuang.

Jika ini benar, bermakna mereka bukan sekadar melakukan dalam keadaan terpaksa, tetapi mematuhi arahan yang tentunya didalangi oleh mereka yang faham mengenai undang-undang, sekali gus menguatkan teori mereka yang terbabit dalam pembunuhan ini disyaki kesemuanya adalah ahli kumpulan gangster.

Membunuh seorang mungkin terpaksa. Membunuh dua orang mungkin tersilap cara, tetapi kalau membunuh lebih daripada itu menggunakan kaedah yang serupa, bermakna mereka ini bergerak secara berkumpulan dan melakukan jenayah mengikuti hieraki dan terancang.

Mungkin yang didedahkan belum sepenuhnya terbongkar. Polis tentu mempunyai cara dan melihat lebih jauh dalam siasatan mereka. Kita sebagai masyarakat amat berharap, polis menyapu bersih semua yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini. Sama ada ia terkena tempias orang kenamaan mahupun orang politik.

Walaupun hasil ujian forensik dan kimia belum diperolehi sepenuhnya, tetapi petunjuk yang diperolehi polis amat memberangsangkan dan kita percaya kumpulan melakukan jenayah ini turut melibatkan pihak lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sehubungan itu, penapisan keselamatan mestilah dilakukan dengan lebih rapi, bukan sahaja melibatkan mereka yang ditahan tetapi juga melibatkan orang kenamaan yang berpengaruh serta mempunyai hubungan akrab dengan dalang kumpulan ini, iaitu seorang peguam bergelar Datuk.

Pemilik ladang ternakan yang dikatakan ada tali persaudaraan dengan peguam berkenaan, pekerja-pekerjanya serta tali barut lain mungkin boleh disiasat sepenuhnya.

Dan bagi memudahkan polis membongkar segala kejahatan yang mungkin belum terdedah, ada baiknya waris mereka yang hilang selepas berurusan dengan peguam itu sebelum ini segera tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Barangkali lebih banyak boleh dimanfaatkan jika semua yang pernah menjadi mangsa sebelum ini tampil memberikan maklumat.

BERSAMA MENCEGAH JENAYAH.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10