nuffnang ads

Sunday, September 12, 2010

PENGESAHAN TERKINI : DATUK SOOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN DISAHKAN DIBUNUH, DIBAKAR!!!!!!!

SAH. Polis mengesahkan mayat Datuk Soosilawati Lawiya, ahli perniagaan kosmetik serta tiga yang lain dibunuh, dibakar dan abu mayatnya dibuang ke laut Morib. Mayat mereka ditemui rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di kawasan ladang berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Morib, Selangor.

Siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dalam sidang akhbar di IPD Kuala Langat sebentar tadi memberitahu pasukan forensik dan jabatan kimia telah mengambil sampel ditemui serta melakukan ujian. Tiga mayat lain dipercayai milik Kamarudin, pemandu, Ahmad Kamil Abdul Karim, peguam dan pegawai bank, Norhisham Mohamad.

"Kita dapat petunjuk dan pengakuan daripada 4 yang ditangkap telah mengaku melakukan pembunuhan. Kes ini diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini kita telah menangkap 8 orang. Seorang berusia 41 tahun. Petunjuk yang kita nampak, bahawa mereka ini dibunuh dan dibakar dan abunya dibuang di laut. Pegawai-pegawai saya sedang melakukan penyiasatan di tempat kejadian" kata Mohd Bakri.

Mohd Bakri yang diiiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Sabtu dan KSSJ Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah turut melawat templat kejadian.

SUSPEK UTAMA SEORANG PEGUAM. TURUT DITAHAN, ADIKNYA SEORANG DOKTOR. ABU MAYAT MANGSA PULA DIPERCAYAI DIBUANG DI LAUT MORIB!!!

TIGA DARIPADA SUSPEK KINI DITAHAN REMAN. KESEMUA LAPAN T6ELAH DITAHAN


SEJAK MALAM TADI KAWASAN PENEMUAN MAYAT DIKERUMUNI WAKIL PELBAGAI MEDIA.

Kini berakhirlah penantian keluarga ahli jutawan itu untuk mengetahui nasib yang menimpa Soosilawati selepas dia dilaporkan hilang bersama tiga yang lain iaitu pemandunya, Kamarudin, peguam, Ahmad Kamil dan pegawai bank, Norhisham.

Menurut Mohd Bakri, ahli keluarga allahyarham semua mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan  mayat berkenaan.

Malam tadi polis pergi ke sebuah kawasan ladang di Tanjung Sepat dan menemui empat mayat rentung dipercayai dibakar dan dibunuh.

Mayat kesemuanya ditemui selepas polis menahan lapan individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan Soosilawati sejak 30 Ogos, selepas dia dan tiga yang lain dikatakan berurusan dengan pihak tertentu bagi satu urusan jual beli tanah di Banting.

Antara yang ditahan ialah seorang peguam berpangkat Datuk dan adiknya, seorang doktor serta individu yang dipercayai melarikan Soosilawati dan tiga yang lain dalam kejadian itu.

Dengan pengumuman ini, usailah misteri kehilangan Soosilawati yang banyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pelbagai pihak. Namun apa yang dilakukan oleh penjenayah terbabit amat kejam dan pasti menimbulkan kebencian masyarakat terutama kejadian itu berlaku hanya beberapa hari lagi Aidilfitri menjelang.

Kesedihan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam pembunuhan kejam ini tentu tidak dapat digambarkan. Selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mencari, akhirnya keluarga mereka berdepan hakikatnya semua yang tersayang itu telah dibunuh tanpa peri kemanusiaan.

Kaedah bunuh, bakar dan buang abunya ke laut dipercayai dilakukan penjenayah bertujuan bagi mengelakkan identiti mangsa dapat dikesan. Namun Allah Maha Kaya. Mereka yang terbabit mesti dihukum sewajarnya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10