nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

TV3 TARIK BALIK IKLAN BERKONSEPKAN BALIK KAMPUNG

AKHIRNYA TV3 memohon maaf dan menarik semula penyiaran iklan Balik Kampung yang mendapat lebih banyak kecaman dan kritikan berbanding terima kasih.

Kegagalan untuk memahami konsep Aidilfitri telah mencacatkan secara keseluruhan iklan berkenan. Diharapkan pada masa depan, sebagai sebuah stesyen TV yang berpengalaman, kesilapan yang berlaku tidak akan dibenarkan berulang.

Memohon maaf dan menarik balik iklan adalah perkara paling akhir yang terpaksa dibuat. Maknanya kerosakan di segi imej dan kewibawaan telah berlaku. Namun ia perlu dijadikan pengalaman paling berguna untuk menerbitkan iklan terutama iklan yang melibatkan perayaan umat Islam pada masa depan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10