nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

MARI BANTAH DAN SANGGAH LADANG TEMBIKAI GUNA TAHI BABI SEBAGAI BAJA DI TERENGGANU!!

TAK HABIS-HABIS menekan kehidupan orang Melayu. Ini cerita terbaru dibawakan Harian Metro dari Terenggangu tentang kewujudan sebuah ladang tembikai yang menggunakan tahi babi sebagai najis. Akibatnya penduduk Melayu Islam berdekatan menjadi mangsa.

Ladang seluas 80 hektar di Kampung baru Padang Sanai itu baru sahaja bermula, tetapi penggunaan tahi babi telah mengakibatkan pencemaran bau yang amat sangat kepada lebih 200 keluarga yang 99 peratusnya adalah umat Islam.

Kasihan mereka. Ada yang tinggal hanya 200 meter dari ladang berkenaan. Bukan sahaja bau busuk, tetapi kehadiran lalat turut mengancam kesihatan penduduk.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Adun kawasan berkenaan telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengusaha ladang itu menggunakan tahi babi sehingga mengakibatkan pencemaran bau yang amat mengganggu penduduk Islam.

Ketika hujan, air dari sisa tahi babi itu mengalir ke kawasan rendah. Ini satu lagi yang amat dikhuatiri penduduk. Mereka bimbang air bercampur tahi babi itu masuk ke dalam loji Air Padang Sanai, sedangkan air itu pula merupakan sumber utama pembekalan air bersih kepada mereka selama ini.

Nah...mari bantah projek yang tidak sensitif terhadap agama dan kesihatan ini! Kerajaan Terengganu jangan hanya berdiam. Penggunan tahi haiwan berhidung penyek dan ekor bergulung bak lidah Li Lian di ladang tembikai itu mesti dihentikan.

Ini baru satu yang dibisingkan penduduk. Di seluruh negara entah berapa ribu lagi ladang tembikai mengunakan tahi binatang paling hina itu. Dalam diam kita terkena juga kan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10