JUMAAT, 3 Sept - NAMEWEE atau Wee Meng Chee budak Muar telah disoalsiasat selama lebih tujuh jam oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di ibu pejabat badan itu di Kuala Lumpur, tadi.
Dia yang datang kira-kira jam 12.30 tengah hari bersama seorang lelaki dikatakan pengurusnya, Fred Wong, keluar daripada ibu pejabat SKMM kiira-kira jam 8 malam.
Dia banyak ditanya mengenai hal berkaitan penerbitan klip video yang menyentuh secara peribadi seorang pengetua dan berkaitan yang disiarkan menerusi YouTube, sebelum ini. Video itu dipertikaikan pelbagai pihak kerana bersifat 'kurang ajar' kerana sensitif dan menggunakan bahasa berbau lucah.
Difahamkan, turut berada bersama sesi soalsiasat itu ialah beberapa pegawai polis. Sebelum ini Namewee telah melaporkan diri ke Balai Polis Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur bagi memberi kenyataan berhubung penerbitan video yang kontroversi itu.
Kenyataan telah diambil dan diharap selepas siapnya siasatan rakyat ingin tahu apa yang akan berlaku. Adakah ruang untuk mendakwa budak itu di mahkamah kerana perbuatannya yang amat tidak disenangi terutama di kalangan orang Melayu.
Malah, Ketua Puteri Umno, Rosnah Ahmad Shirlin dan Khairy Jamaludin juga mahu tindakan tegas diambil ke atas Namewee berdasarkan penerbitan klip video itu.