nuffnang ads

Friday, September 3, 2010

LAGI WANITA DIBUNUH MENJELANG AIDILFITRI

BETULLAH kata orang, penjenayah memang tidak berhati perut, Di Taiping, hari ini seorang wanita warga emas yang juga ibu tunggal Esah Rejab, 64 ditemui mati dalam keadaan terikat di biliknya, dipercayai menjadi mangsa samun.

Dia yang mengalami kecederaan di kepala, ditemui jirannya dalam keadaan kaki dan tangan terikat, sama seperti kes ustazah yang dibunuh di Port Dickson. Allahyarham dikatakan tinggal seorang diri di rumahnya di Padang Gajah, Pantai Remis selepas suaminya, bekas tentera meninggal dunia setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun untuk dibedah siasat.

Nampaknya menjelang Aidilfitri, golongan wanita terutama yang tinggal bersendirian dinasihatkan lebih berhati-hati. Orang ramai pula mesti meringankan tangan membantu polis mendapatkan maklumat mengenai kejadian ini. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10