nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

TIPS MEMILIH BAHAN dan MENYEDIAKAN MAKANAN MENJELANG AIDILFITRI

1.Pastikan anda tidak menggunakan minyak sapi jenama QBB di dalam makanan untuk menjamu tetamu kerana ia disahkan TIDAK HALAL oleh Jakim
2.Jika anda ingin membeli daging lembu untuk membuat rendang, jangan beli daging beku kerana kesemua daging beku yang diimport dari India adalah daging KERBAU.
3.Pastikan ayam yang dibeli, terutama di pasar raya bukan Islam disembelih secara halal. Cuba periksa kesan sembelihan di leher ayam sebelum membelinya. Jangan membeli ayam yang dibungkus di dalam plastik dan tidak boleh diperiksa kesan sembelihannya.
4.Pastikan kesemua barangan untuk membuat kuih muih bebas alkohol dan tidak tamat tempoh penggunaannya. Ini kerana dalam keadaan pelanggan bersesak membeli belah ada pihak mengambil kesempatan melonggokkan barangan tamat tempoh, seperti coklat dan aksesori lain untuk pembuatan kuih-muih.
5.Berhati-hati dengan produk minuman botol menjelang raya. Ada pihak akan mengambil kesempatan menjual minuman botol tanpa mengikut piawaian kerana menyedari permintaan terhadap air botol amat tinggi.
6.Sebaik-baiknya belilah makanan seperti lemang yang baru dibakar kerana ada sesetengah penjual menjual lemang yang telah dibakar lebih 24 jam. Lemang itu kemudian dihangatkan. Ini bertujuan mengelakkan keracunan kerana pulut cepat basi dna tidak boleh dirawat dengan menghangatkan begitu sahaja.
7.Ada sesetengah pengusaha makanan ringan seperti kerepek ubi tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan mencampur stok lama dengan stok baru semata-mata mengaut keuntungan. Perhati betul-betul ketika membeli makanan ringan yang dijual di dalam plastik. Kebanyakan dibungkus tanpa mempunyai had tempoh penggunaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10