NOMBOR TALIAN RAKAN COP: 03-21159999 03-21159999 03-21159999
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan Datuk Soosilawati diminta menghubungi Rakan Cop menerusi talian di atas.
Soosilawati kali terakhir dilihat pada 28 Ogos lalu ketika beliau hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin.
Dua hari sebelum itu beliau menghadiri kes tuntutan harta RM1.38 juta terhadap bekas suaminya Nash, di mahkamah.
Menurut sumber, beliau turut membawa RM4 juta pada hari beliau dikatakan pergi untuk berurusan mengenai penjualan tanah.
Mereka yang ada berhubungan dengan Soosilawati atau menerima SMS daripada beliau dalam tempoh terdekat atau selepas tempoh kehilangannya juga disaran menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa.
Bayangkan kalau kejadian ini menimpa ahli keluarga kita, terutama menjelang Aidilfitri. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH