nuffnang ads

Monday, September 6, 2010

DITEMUI MATI DENGAN 11 KESAN TEMBAKAN

BUKAN calang-calang, Tujuannya memang mahu membunuh. Jika tidak, mustahil 12 tembakan dilepaskan ke atas mangsa. Daripada jumlah itu 11 das mengenai beberapa bahagian daripada pinggang hingga ke leher.

Itu nasib yang menimpa Vijayan a/l Krishan, 30, apabila dia ditembak oleh seorang lelaki dari jarak dekat dalam satu kejadian kira-kira jam 2.40 pagi Isnin, tidak jauh dari rumah kawannya yang mengadakan majlis kenduri, di Taman Mewah, Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad, berkata polis masih menyiasat kejadian itu tetapi mengesahkan telah menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan.

Memang kalau diikut hukum akal, tembakan sebegitu banyak hanya mempunyai satu tujuan, iaitu bagi memastikan mangsa mesti mati. Apa motifnya, biar polis menyiasatnya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10