MEREKA ditugaskan untuk memantau laluan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi mempersiapkan sebarang langkah jika berlaku kemalangan di lebuh raya berkenaan.
Namun malang mendatangi mereka, apabila helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat, dilaporkan terhempas di ladang kelapa sawit di Kampung Kuala Kaung, di Lanchang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Difahamkan, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan, tetapi pihak berkuasa masih belum dapat mengetahui keadaan sebenar kesemua mangsa.
Namun, difahamkan, tiga daripada mereka cedera. Pihak berkuasa termasuk polis dan bomba kini dikatakan sedang menuju ke tempat kejadian.