INI adalah gambar drama tebusan yang berlaku membabitkan seorang kanak-kanak Aldi (5tahun) anak Gunawan dan Siti yang sempat dirakamkan semalam oleh Trimbun Jambi, Indonesia. Kanak-kanak itu dijadikan tebusan bekas pekerja keluarganya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan selepas seorang kenamaan bersetuju memenuhi tuntutan penjenayah dengan membayar 20 juta Rupiah berserta sebuah kereta untuk dia melarikan diri.
Demikianlah jenayah berlaku di sekitar kita. Pelakunya tidak boleh terduga. Kadang-kala melibatkan orang yang kita kenali, sama seperti yang menimpa ke atas Datuk Sosilawati, Noorhisham, Kamarudin dan Ahmad Kamil. Hanya takdir dan kebijaksanaan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.