EMPAT lelaki dipercayai wakil sebuah syarikat pemberi hutang dikatakan bergaduh dengan sebuah keluarga di Singapura, malam kelmarin gara-gara menuntut hutang daripada seorang kawan keluarga berkenaan.
Mangsa, Muhd Jamil Simbuk, 59, memberitahu keluarganya sedang meraikan Aidilfitri apabila empat lelaki syarikat pemberi hutang datang dan mengajak berbincang. Namun perbincangan itu bertukar menjadi pergaduhan apabila mereka diserang dengan kerusi dan pasu bunga.
Akibatnya, polis menahan sembilan orang, termasuk tujuh daripada keluarga Muhd Jamil, manakala dua lagi ejen syarikat.
Gambar: Salbiah Musa, mengemaskan pasu bunga yang dirosakkan oleh ejen syarikat pemberi hutang - gambar BH Singapura