DATUK SOOSILAWATI dilihat membeli kerepek di sebuah kedai pembekal kerepek, Kerepek House Faez Enterprise di Sungai Lang, yang hanya kira-kira dua kilometer dari pekan Banting kira-kira jam 2 petang Khamis lalu!
Seorang pekerja kedai berkenaan dikenali sebagai Ina, mendakwa Soosilawati yang berdua dengan seorang lelaki ketika itu berbaju merah jambu dan seluar legging hitam membeli pelbagai jenis kerepek untuk dibahagikan kepada kakitangannya.
Ina yang mengenali wajah Soosilawati dan merupakan pengguna kosmetik keluaran syarikat Nouvelle Beauty berkata, dia sempat berbual dan bertanyakan tujuan kedatangan ahli perniagaan itu. Soosilawati mendakwa dia mempunyai urusan perniagaan di Banting.
Ini adalah maklumat terkini yang menunjukkan orang ramai semakin makkum tentang kehilangan ahli perniagaan berjaya yang dikatakan mempunyai kekayaan mencecah RM100 juta itu.
Sejak itu, Soosilawati tidak pulang dan kehilangannya bersama tiga lagi lelaki, peguam, pemandu dan penasihat kewangannya dilaporkan ahli keluarga. Semalam pula, kereta mewah miliknya dan milik peguam ditemui di dua lokasi berhampiran di Subang Jaya.
Berita Harian