nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

KETUA POLIS NEGARA: NANTI JANGAN SALAHKAN SAYA ATAU KATA SAYA TAK BUAT KERJA

NANTI jangan salahkan saya atau kata saya tak buat kerja! Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, akhirnya mendedahkan satu lagi kelemahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pengisian jawatan kosong pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dikatakan tidak diberi perhatian.

Sambil menyatakan kehairanan kenapa banyak jawatan kosong masih tidak diisi, beliau berkata senarai nama telah diserahkannya sejak November tahun lalu bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.


Namun, selepas senarai yang dipersetujui oleh jawatankuasa khas itu diserahkan, beliau tidak melihat adanya tindakan daripada KDN.

Sehubungan itu, beliau berharap sangat beliau tidak persalahkan selepas bersara nanti, jika masalah kekosongan jawatan itu masih tidak diatasi. Hakikatnya, senarai telah dihantar oleh PDRM tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya.

Semalam, beliau mendedahkan tentang campurtangan pelbagai pihak di dalam urusan PDRM, termasuk daripada KDN sehingga menimbulkan masalah di segi pentadbiran dan pengurusan institusi penguatkuasaan undang-undang berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein sehingga kini belum dilihat menjawab kesemua dakwaan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10