nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA DICEROBOH LAGI!!

PAGI ini kira-kira jam 11.40 pagi, hampir 200 penunjuk perasaan dari Laskar Merah Putih (LMP) sekali lagi menceroboh kedutaan besar Malaysia di Kuningan Jakarta Selatan. Kali ini tiada anggota polis menghalang tindakan mereka walaupun polis berkawal tidak jauh dari tempat kejadian.

Kumpulan penceroboh memanjat pagar dan wakil mereka berdiri di atas tiang antara pagar dan pintu utama kedutaan, memberi pidato yang menggesa Indonesia melancarkan perang ke atas Malaysia dengan segera sebagai satu cara mengajar negara ini.

Peliknya, keadaan seperti dibiarkan sahaja kerana polis Indonesia tidak bertindak apa-apa walaupun baru semalam dalam pertemuan dua menteri luar, menteri luar Malaysia meminta jaminan keselamatan kawasan kedutaan dan rakyat negara ini di sana.

Ini adalah perbuatan bangsat kali kedua dilakukan golongan lemah caduk selepas kali pertama melakukannya pada 16 Ogos lalu. Nampaknya kerajaan Indonesia seperti tidak bermaya menangani tingkah laku tidak beradab segelintir rakyatnya sendiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10