nuffnang ads

Friday, September 17, 2010

TERBARU:POLIS TEMUI 300 SERPIHAN TULANG DIPERCAYAI MANGSA BUNUH DI SUNGAI PANCHAU

JIKA ladang Gadong, Tanjung Sepat milik suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati boleh diibaratkan sebagai 'ladang pembunuhan', Sungai Panchau, berdekatannya pula diumpamakan 'kubur mangsa'. Ini berikutan penemuan mengejutkan lebih 300 tulang dipercayai milik manusia mangsa bunuh!

Akhbar The Star melaporkan polis menemui serpihan 300 tulang dalam sungai berkenaan, dipercayai milik manusia. Mengikut pakar, tulang sebanyak itu berkemungkinan menjadi milik sekurang-kurangnya 20 manusia. Manusia mangsa bunuh! Dan pasti suspek peguam dan adiknya yang kini ditahan boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu!

Ini memang memeranjatkan dan semua kes hilang terutama yang ada kaitan dengan suspek terbabit, terpaksa diperhalusi bagi membongkar jenayah kejam yang dilakukan manusia bersifat binatang itu.

Selain serpihan tulang, turut ditemui setakat ini adalah beberapa utas jam dan pisau yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan demi pembunuhan yang kesemuanya berpunca daripada sifat tamak dua beradik itu.

Selain Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut juga umpama mini kubur yang di dalamnya menyimpan rahsia seribu satu kisah sedih manusia tidak berdosa!

Dalam satu lagi drama mengejutkan, seorang isteri kepada ahli perniagaan di Chennai yang dilaporkan hilang selepas bertemu dua beradik peguam itu sejak awal tahun ini mendedahkan akaun milik suaminya yang hilang dipercayai dibunuh itu, hanya tinggal RM67!

Hampir kesemua wang dalam akaun milik suaminya, seorang ahli perniagaan dipercayai telah disedut oleh kedua-dua peguam jahanam itu, sebaik sahaja suaminya hilang.

 Kalau hantu makan telur! Kalau orang makan nasi! Tapi penjenayah ini makan duit terlalu kelahap sangat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10