SUSPEK peguam yang disyaki dalang pembunuhan Datuk Sosilawati bukan ahli parti DAP. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi parti itu, Dr Tan Seng Giaw. Malah dakwaan pihak tertentu kononnya dia ahli seumur parti itu juga tidak berasas sama sekali.
Menurut Dr Tan, dakwaan lain kononnya peguam itu sering menyalurkan bantuan kewangan untuk parti DAP juga tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan imej parti berkenaan. Sebaliknya, keahlian untuk memasuki DAP kata beliau akan ditapis dan tidak ada ruang bagi penjenayah menyertainya.
Apa yang jelas peguam itu hanya berminat menyertai MIC kerana perkara itu sendiri disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah baru-baru ini. Ini berikutan peguam itu sendiri meluahkan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.
Kenapa dia memilih MIC, sendiri fikirlah.