PERTANDINGAN lawak Kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan akan bersambung semula selepas berakhir Syawal ini. Hairan juga kenapa tunggu Syawal berakhir? Adakah kerana pertandingan lawak itu akan akan dipenuhi dengan kata-kata lucah atau fitnah melampau, sehingga tidak tergamak diucapkan kalau diadakan sepanjang bulan yang mulia ini?
Noh berkata, antara isu lawak itu nanti ialah mengenai status tanah di Rawang. Mungkin isu itu sama hebat dengan isu pasir. Isu yang telah dicipta sejak zaman Umno memerintah lagi. Isu yang tidak berkesudahan walaupun Umno mendakwa amat mementingkan rakyat.
Sepanjang pertandingan lawak itu berlangsung, orang ramai dijemput hadir membawa tuala atau tisu untuk mengesat air liur kerana dikhuatiri lawak berkenaan akan menyebabkan mereka akan ketawa sehingga berdecit-decit.
Tentunya trio Noh, Khir dan Ezam akan berganding bahu mencabut tiang-tiang jamban untuk membuat rakyat gelak. Semua dijemput hadir. Anda hadir anda gelak. kah..kah..kah