nuffnang ads

Thursday, September 9, 2010

TAMAT KONTRAK PERKHIDMATAN TANPA SURAT, MELAMPAU!

Siapa betul dan kenapa ada yang mahu menegakkan kabel basah dalam soal penamatan kontrak Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hassan, kita tinggalkan di luar kota bicara. Kita bercerita fasal adab. Fasal sopan santun yang sepatutnya dalam sebuah jabatan beruniform seperti PDRM lebih reti mengenainya.

Musa berkata, dia tidak mendapat surat rasmi penamatan kontraknya pada 13 September ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, kata Musa telah diberitahu secara lisan, seminggu sebelum pengumuman penamatan kontraknya. Dan bila berkait fasal tiada surat rasmi mengenai kontrak tamat itu, Mahmood kelihatan tunduk sedikit dan terdengar dia berkata ya. Maknanya memamg KDN tidak beri surat rasmi kepada Musa tentang tamat kontraknya.

Di sinilah kita kena melihat sesuatu yang tidak kena. Saya bukan saudara Musa, bukan kenalan Musa dan bukan ada apa-apa dengan Musa. Tapi hal berkait adab sopan saya suka menyentuh. KDN memang keterlaluan kalau benar surat itu tiada. Kenapa?

Surat penamatan kontrak yang biasanya terkandung penghargaan adalah salah satu dokumen yang mempunyai nilai sentimental bagi seseorang. Sekurang-kurangnya bila dia keluar pejabat surat itu akan disimpannya di rumah. Boleh dilihat anak cucu sebagai dokumen sahih sejarah perjalanan hidup atuknya. Tapi saya pelik kenapa KDN tidak memberi surat dalam kes Musa ini?

Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Wujudkah pertelingkahan di antara KDN dan PDRM? Atau khidmat Musa sebenarnya tiada harga langsung pada mata KDN? Tolonglah..surat ini surat penting. Bukan surat cinta. Surat ini pula bukan untuk kerani cabuk. Ia untuk IGP yang diambil khimat secara kontrak. Di mana letak budi bahasa kita? Di mana letak sopan santun dan peradaban kita dalam menghargai jasa seseorang?

Saya melihat sememangnya ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hati kecil saya berkata, kalau tidak mustahil Musa boleh berterus terang apa sahaja masalah yang dihadapi PDRM beberapa hari sebelum dia menamatkan kontraknya. Tentu dia bercakap ikhlas sebab mahu melihat PDRM lebih baik. Entahlah...dalam kerajaan ada satu benda yang kita kena ingat. CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK JADI IKUTAN.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10