nuffnang ads

Thursday, September 9, 2010

MENCURI DI RUMAH POLIS UNTUK BELI BAJU RAYA ANAK

MUNGKIN disebabkan terlalu buntu, dia main redah sahaja untuk mencuri. Malangnya, rumah yang dimasukinya adalah milik anggota polis Palembang. Deno Sugondi, 38, mulanya mendakwa, tidak berniat memasuki rumah berkenaan. Bagaimanapun, selepas puas meronda dan memantau, dia terpandangkan rumah milik anggota polis dan keluarganya itu dalam keadaan kosong tidak berpenghuni. Maka tanpa salam dan bismillah dia memasukinya. Seronok benar hati Sugondi apabila terjumpa gelang emas, kalung dan jam. Sekurang-kurangnya benda alah itu dapat dijual dan duitnya untuk membeli baju raya anaknnya. Namun dia didatangi bala apabila ada penduduk kampung menyedari perbuatan itu lalu mengejar dan mengajak penduduk lain membelasahnya. Sugondi dibawa ke balai dan di situ dia bertemu malang lagi apabila, emas yang dicurinya disahkan oleh polis sebagai emas palsu. Sudahlah teruk dibelasah, dapat emas, emas palsu. Cuma kesian dia kempunan untuk membeli baju raya anaknya. Seperti katanya ketika di balai polis: "Kalau aku tahu emas itu tiruan, tak mahu aku maling di rumah itu". Maksud katanya, dia tak akan mencuri di situ, tapi ada kemungkinan dia akan mencuri di rumah lain! Kalau pencuri, pencuri juga.
 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10