ENTAH APA yang dipegangnya, semua kakitangan dan pengawal di CIMB cawangan Bandar Baru Nilai, Seremban, tergamam kerana menganggap lelaki bertopeng yang melompat ke kaunter bank itu, bersenjatakan sepucuk pistol.
Dek takut kalau-kalau ditembak, masing-masing terdiam membiarkan lelaki itu melarikan RM80,000 dalam sekelip mata.
Apabila dia keluar, pengawal bank pun mengejar, tapi kalau betul dia ada pistol tentu perompak itu melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan. Ini yang dinamakan kalau kita dah takut, semua boleh berlaku. Kadang-kadang nampak tiub basikal pun disangka ular senduk!
Ketua Polis Daerah Seemban, ACP Shaiful Azly Kamarudin berkata, kejadian itu berlaku jam 4 petang semalam.
Menurutnya, lelaki bertopeng itu dipercayai bersendirian melakukan jenayah. Malah polis juga yakin dia tidak bersenjatakan pistol, sebaliknya memegang objek tertentu bagi menakutkan kakitangan bank untuk merompak.
Ayuh. Ada maklumat? Hubungi polis segera. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH