nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

SUSULAN KES BUNUH USTAZAH: POLIS TAHAN SEORANG SUSPEK

SIASATAN polis daerah Port Dickson terhadap kes pembunuhan ustazah Norliza Ishak dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof dipercayai semakin membuahkan hasil.


Dalam satu tangkapan hasil maklumat orang ramai, semalam seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga jiran Norliza ditahan di sebuah unit kediaman di pangsapuri Taman Shahbanda, Port Dickson.

Lelaki yang telah berkeluarga itu dikatakan tidak bekerja, ditahan dan telah direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang kejam itu.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada pembunuhan itu turut melibatkan perlakuan jenayah seksual. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh dipetik mengesahkan penahanan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

Norliza dan anak lelakinya ditemui mati di dalam bilik air rumahnya dalam keadaan mulut dan kepalanya terikat. Allahyarham sepatutnya pulang ke kampung menaiki bas malam Jumaat lalu, tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila rakan dan gurubesar sekolah tempat dia mengajar menemuinya terbunuh dalam keadaan menyedihkan.

Orang ramai diharap terus membantu polis menyalurkan lebih banyak maklumat yang ada mengenai kejadian itu. Hubungi IPD Port Dickson atau balai polis terdekat. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10