nuffnang ads

Tuesday, September 7, 2010

KERETA MEWAH DATUK SOOSILAWATI DITEMUI

KERETA mewah jenis BMWX5 bernombor pendaftaran WTL11 milik Datuk Soosilawati Lawiya, ditemui di luar Pangsapuri Angsana USJ1 Subang Jaya, Selangor kira-kira jam 9.45 malam tadi manakala kereta mewah milik peguamnya jenis BMW525I bernombor pendaftaran AAJ5 pula ditemui jam 10 malam berdekatan sebuah hotel juga di Subang Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, turut mengumumkan nama ketiga-tiga lelaki yang hilang bersama Soosilawati sejak 30 Ogos lalu. Mereka ialah peguam, Ahmad Kamil Karim, 32, pegawai bank/penasihat kewangan , Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu peribadi, Kamaruddin Shansuddin, 44.

Polis kini semakin memfokuskan siasatan. Datuk Ku turut mengesahkan kesemua waris lelaki yang hilang telah membuat laporan polis dan polis juga katanya, telah mengambil keterangan daripada semua ahli keluarga yang terbabit.

Dengan penemuan kereta mewah milik Soosilawati dan peguam Ahmad Kamil, kes kehilangan ini mungkin dapat dirungkai dalam tempoh terdekat. Polis bagaimanapun enggan mengulas tentang kewujudan elemen jenayah dalam kes berkenaan.

Soosilawati keluar dari rumahnya di Gombak dan dikatakan mahu berurusan jual beli tanah di Banting pada 30 Ogos lalu, tetapi tidak pulang sehingga kini. Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10