nuffnang ads

Friday, September 17, 2010

ABBY NAK TUNTUT WANG HANTARAN DARI NORMAN SAMPAI LUBANG CACING

BULAT betul tekad Abby Abadi yang masih cun itu. Katanya dia tetap mahu menuntut wang hantaran perkahwinan RM11,111.11 daripada Norman Hakim, bekas suaminya kerana dia berpendapat itu adalah haknya.

Abby juga menepis jawapan Norman konon wang itu adalah wang belanja perkahwinan dan telah dipersetujui bersama. Tidak! Tidak! Pendirian Abby tidak berbeza. Dia tetap mahu menuntut haknya itu yang katanya, dapat juga digunakan untuk perbelanjaan tiga anak mereka yang kini di bawah jagaannya.

Abby tetap menganggap Norman berhutang wang hantaran itu dan Norman mesti menjelaskannya sebelum dia membayar wang hantaran untuk Memey, bakal isteri barunya. Norman dan Memey, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, bertunang 13 September lalu.

Menurut Abby, dalam perbualan telefonnya dengan Abby, Norman berkata lain, tetapi apabila mengulas isu itu di dalam media dia bercakap lain. Itu yang membuatkan Abby angin.

Kini Abby tak mahu menoleh lagi. Dia tetap akan menuntut haknya itu daripada Norman walaupun Norman cuba lari ke lubang cacing! Lebih jelas berita mengenai Abby dan Norman ini ada dalam Harian Metro hari ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10