nuffnang ads

Monday, September 20, 2010

SUARA SIAPA PANGGIL MAK DI TEPI SUNGAI KANCHONG LAUT?

WAK JENAL bercerita, kalau setakat nampak api terbang sudah biasa sangat. Penduduk kampung sekitar Morib dan Tanjung Sepat telah lali dengan cerita itu katanya.

"Laa..cerita itu memang dah biasa. Banyak orang kampung dah dengar sebab memang kawasan sini pelik sikit sejak lama dah. Kalau nak tahu, seluruh kawasan pantai Morib dan Tanjung Sepat ini memang berhantu!" tegas wak Jenal tanpa berselindung.

Saya tergelak juga mendengar ceritanya. Tambah wak Jenal lagi, kalau nak tahu mayat orang India yang dibakar pun memang dibuang di pantai Morib dan Tanjung Sepat. Malah katanya, kalau pergi menjala pun kadang-kadang tertebar serpihan tulang orang!

"Entah berapa ribu abu mayat orang dibuang dalam laut kawasan sini. Tak hairanlah cerita fasal api tu. Itu semua syaitan," jelas wak Jenal lagi.

Menambah burukkan lagi keadaan kata wak Jenal, pantai Tanjung Sepat dan Morib juga selalu jadi kubur pendatang asing yang lemas ketika mahu mendarat ke negara ini.

"Tak percaya cuba semak suratkhabar. Sejak 20 tahun lalu, berapa puluh mayat pendatang asing yang orang jumpa kat sini! Kawasan ini sudah jadi kotor dan semakin kotor apabila ada orang sanggup membunuh datuk perempuan tu baru-baru ini" tambahnya.

Penjelasan wak Jenal yang saya jumpa ketika minum di gerai bawah pokok di Kampung Endah, tidaklah memeranjatkan saya, tetapi ceritanya tentang nampak api terbang sudah jadi cerita biasa itulah yang buat saya sedikit tergamam. Rupanya, kejadian itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kebanyakan orang di situ.

Hanya apabila cerita itu berkait dengan kejadian pembunuhan yang dilakukan oleh seorang peguam membabitkan banyak nyawa, ia menjadi menarik untuk diketahui.

Dan ada satu cerita wak Jenal tambah. Katanya, cerita orang terdengar suara memanggil mak bila waktu malam dekat Sungai Kanchong Laut. Saya masih tertanya-tanya suara siapakah itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10