nuffnang ads

Monday, September 20, 2010

BUKU MENGENAI SEJARAH PAHIT GETIR SOSILAWATI MESTI DITERBITKAN

KISAH suka duka perjuangan anak perempuan Melayu bernama Sosilawati Lawiya bermula dari detiknya menjadi seorang penoreh getah, kemudian menjaja kosmetik dari rumah ke rumah, termasuk berdepan pelbagai tohmahan dan dugaan dalam perkahwinan dan kehidupan peribadinya sehinggalah dia berjaya membina sebuah empayar perniagaan kosmetik, amat wajar dibukukan.
 
Perjuangan Sosilawati kelihatan amat elok dan indah untuk dijadikan bahan bacaan kepada anak-anak Melayu terutama kepada mereka yang meletakkan anak Batu Pahat ini sebagai ikon dalam menggapai cita-cita di dalam bidang perniagaan, khususnya kosmetik.

Walaupun dia telah tiada, namun susur galur perjuangannya mahu berjaya dalam perniagaan terbukti amat unik dan perlu diketahui ramai. Pengalaman dan kejayaan beliau adalah sebuah universiti yang sarat dengan ilmu yang mampu mendidik anak-anak Melayu khususnya golongan wanita untuk terus berjaya.

Kisah suka-duka, kejayaan, kebahagiaan, dukacita dan saat-saat terakhir beliau, bukan sekadar untuk dibaca tetapi mampu dijadikan renungan dan bahan fikir kepada semua anak Melayu.

Dengan hanya berbekalkan pendidikan akademik setakat SPM, tentulah ikon ini amat unik di antara ribuan kisah kejayaan orang lain di dalam dunia perniagaan.

Semoga ada pihak yang mengambil langkah awal menerbitkan sebuah buku tentang Sosilawati ini. Penerbitan buku ini bukan sahaja boleh membuka mata semua pihak, tetapi boleh dijadikan bahan rujuk sekaligus memperkayakan lagi khazanah ilmu dalam disiplin perniagaan yang banyak diajar di institusi pengajian tinggi di negara kita.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10