nuffnang ads

Saturday, September 11, 2010

SOALAN UNTUK MB NEGERI SEMBILAN: PENGAGIHAN SUMBANGAN RAYA DI PORT DICKSON IKUT PILIH KASIH?

TERDENGAR yang tidak enak di pagi raya. Ada warga emas berusia 80-an tidak lagi mendapat sumbangan raya daripada Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Port Dickson. Kisahnya di Kampung Bukit Tembok.

Tak payahlah nak salahkan Menteri Besar sangat. Kita kena realistik sikit masalah yang ini. Yang wajib ditanya ialah JKKK termasuk Ketua Kampung.  Bagaimana ada kes warga emas yang dulu pernah menerima sumbangan sempena Aidilfitri, tapi kali ini namanya tercicir. Bila ditanya semula, jawapan yang ditemui hanyalah jawapan yang meraban dan kalut.

Bukan soal dapat yang dipertikaikan, tapi soal hak. Kalau warga emas itu memang berhak, tapi tidak dapat sumbangan, itu yang mesti diteliti dan difikirkan semula. Banyak sebenarnya kes begini, tetapi sebagai contoh seorang warga emas Pesah Said. Apalah salah dan dosa warga emas ini. Dia bukan orang senang, tiada pekerjaan, tiada pendapatan. Dulu-dulu merasalah juga sumbangan sempena raya. Tapi raya kali ini dia tidak dipandang lagi.

Untuk pengetahuan Menteri Besar, warga emas ini sejak zaman sebelum merdeka lagi adalah pengundi Umno. Tidak pernah sekali undinya dapat kepada pembangkang. Bila sudah mencecah lebih 80 tahun, sampaikah hati kita menolak namanya daripada menerima sumbangan sebagai tanda kenang warga emas di Negeri Sembilan. Anak-anaknya bukan orang kaya, bukan orang senang. Menteri Besar boleh lihat sendiri kalau ada kelapangan.

Saya cadangkan usahlah hak orang tua kita ambil. Tak selamat hidup nanti. Satu lagi, minta sangatlah kalau boleh kerajaan negeri lantiklah ketua kampung yang ada akauntabiliti di seluruh negeri itu. Biar tidak sekolah, tapi cerdik dan ikhlas menjalankan tugas. Kita tidak mahu melihat bila adanya sumbangan, hanya jiran terdekat dan waris mereka sahaja yang dapat.  Jangan sampai terkilan orang bertukar marah. Marah kemudian bertukar benci. Benci kemudian bertukar undi!

Jangan juga kerajaan negeri hanya mendengar cakap JKKK apabila melibatkan sumbangan untuk orang kampung. Dunia ini tak ada jalan lurus!

Kampung Pasir Panjang, Bukit Tembok, Sungai Raya, Tanjung Agas, Pengkalan Kempas adalah kampung angkat blog ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10