nuffnang ads

Saturday, September 11, 2010

RAKAMAN UCAP SELAMAT HARI RAYA PERDANA MENTERI: DATIN SERI ROSMAH TAK BERTUDUNG SEMPENA RAYA?

Anak saya yang kecil terus bertanya. Dia tak sambut rayakah? Kalau sambut raya tentu orang Islam pakai tudung tutup rambut! Saya diam. Bukan tak ada jawapan tapi hati sakit!

Ini insiden merujuk kepada rakaman ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan isterinya yang memaparkan pasangan kenamaan itu sedang duduk sambil Perdana Menteri mengucapkan selamat hari raya kepada rakyat.  Rakaman ini disiarkan dalam TV3.

Anak saya bertanya secara ikhlas. Demikianlah satu lagi cerita tidak enak sempena Aidilfitri. Saya mintalah biar cara saya ini tak beradab. Pakailah tutup rambut wahai isteri Perdana Menteri. Contohilah pekerti indah DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Isteri Perdana Menteri tentu maklum hal-hal berkaitan tutup rambut berkaitan beliau selalu sangat dibangkitkan orang. Tolonglah. Dengarlah sedikit cakap rakyat untuk kebaikan. Rakyat minta pakai tutup rambut bukan bertujuan untuk tidak baik.  Untuk kebaikan.

Apa kata orang nanti kalau kita nak bercerita hal berkaitan Islam, tapi kita sendiri tidak menutup aurat. Tolonglah.

Tapi kalau teguran ini tidak ada maknanya lagi, terima kasih dan saya tak akan menegur.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10