nuffnang ads

Friday, September 10, 2010

SPEKULASI KEBELAKANGAN INI BANYAK MENJURUS KEPADA YANG BUKAN -BUKAN TENTANG SOOSILAWATI

JIKA benar ahli perniagaan/peguam bergelar Datuk terbabit dalam kes kehilangan Soosilawati, tentu pihak berkuasa boleh melakukan sesuatu.

Sedar seperti dikatakan orang dia banyak mengakibatkan pelanggannya hilang apabila berurusan dengannya, tentu ada yang tidak kena dengan Datuk ini. Barangkali di sebalik spekulasi ada kebenarannya.

Kalau tidak disorok, di mana Sooslawati dan tiga yang lain? Mereka tentu dalam kesusahan kerana dengan pakaian sehelai sepinggang, kini telah masuk hari kedua belas nasib mereka masih tidak diketahui. Tidak logik mereka dibenarkan membeli pakaian ketika mereka dalam 'tahanan' kerana itu akan mengundang masalah jika kelibat mereka dilihat orang.

Amat menarik untuk diketahui siapa Datuk ini! Menarik betul. Betul-betul menarik! Atau ia hanya spekulasi dan cerita sebenar kehilangan Soosilawati mempunyai skrip yang lain.

Dalam keadaan bukan sahaja ahli keluarganya yang tertanya-tanya, orang ramai juga masih menaruh harapan kepada pihak berkuasa untuk melakukan yang terbaik. Elemen jenayah mungkin tidak boleh ditolak sepenuhnya dalam kes ini. Namun pertanyaannya ialah, bijak sangatkah pelaku jenayah ini?

Kereta mereka ditemui di sekitar Subang. Benarkah mereka yang membawa kereta itu, atau kereta berkenaan dibawa oleh orang lain. Mungkin CCTV di plaza tol Lebuhraya Kesas atau Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur-Klang boleh membantu membuat pengecaman.

Demi memastikan nasib mereka diketahui dalam tempoh terdekat, orang ramai mestilah bersama membantu. Ini adalah kes yang misteri tapi menarik untuk diketahui. Tidak ada yang boleh disorok di dalam dunia ini oleh manusia. Satu masa akan terdedah juga. Dan pelakunya akan berdepan bukan sahaja hukuman undang-undang tetapi kebencian daripada semua masyarakat.

Spekulasi ada lelaki ditahan konon ada kaitan dengan jenayah kehilangan ini dan kononnya ada mayat ditemui di ladang sawit di sekitar Banting, rupanya hanyalah sekadar spekulasi. Tapi jangan disalahkan media mahupun masyarakat. Niat ingin tahu mereka semakin tinggi dan mereka kadang-kala terlalu ke depan demi mencari kepastian bagaimanakah nasib Soosilawati dan tiga yang lain.

Namun media jangan berputus asa. Dalam kewartawanan jenayah, semakin lama kes itu tidak terbongkar, sudah tentu semakin tinggi nilainya.

Masyarakat tentu ada sebab untuk tertanya-tanya apabila bercerita kes kehilangan Soosilwati ini. Hakikatnya mereka hanya mahu yang terbaik. Maknanya mereka mahu melihat Soosilawati dan tiga yang lain pulang semula. Jika hal di sebaliknya berlaku, tentulah itu amat mengecewakan mereka, apatah lagi di kalangan ahli keluarga mereka yang hilang. Jadi bersamalah mulai saat ini menggandakan gerak untuk mencari maklumat tentang mereka. Salurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10