LELAKI yang dikatakan peguam bergelar Datuk yang disyaki menjadi dalang pembunuhan Datuk Soosilawati dan tiga yang lain dikatakan mempunyai wang bertimbun - di luar akal jumlahnya!
Dan wajib disokong polis menyiasat mengikut akta penggubahan wang haram, sama seperti diberitahu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Jika benar dia terlibat dalam pelbagai jenis jenayah, memang wajar dia disiasat dan dikenakan tindakan. Malah tindakannya itu pasti mencemarkan profesionnya.
Kita tak boleh lagi enggeh-enggeh dengan orang jenis ini. Siasat biar sampai ke lubang cacing!