UNTUK MELIHAT BETAPA daifnya hasil seni Namewee dalam pembikinan klip video, anda boleh melayari Blog Artis, Berita Artis Malaysia....
Anda akan melihat sendiri betapa Namewee yang berlagak konon penghasil klip video tersohor itu akhirnya tersungkur. Kreativitinya hancur ditenggelami penghasilan sebuah video yang amat menarik. Menarik betul. Betul-betul menghiburkan.
Dengan susunan lirik lagu penuh kagum bahasanya, penonton tentu berasa puas kerana berjaya melihat betapa rendahnya mutu penghasilan video Namewee selama ini.
Anda jumpa anda lihat. Anda tak rugi melihat satu persaingan yang sihat dalam bidang yang sama! Melelehlah air liur Namewee menelan sebuah kekalahan yang selama ini berdegar-degar dihebohkannya!