HARI ini portal online The Malaysian Insider yang dihormati pembaca itu, telah membawa satu berita tentang Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak mahu menerima insentif dan bonus daripada syarikat GLC yang amat lumayan jumlahnya. Kata Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin, bosnya menolak kerana pemberian insentif dan bonus itu salah di segi peraturan.
Maka sebaik didengar berita itu oleh Khir Toyo, kelam kelibut dia memberi nasihat. Katanya Khalid layak menerima insentif dan bonus itu kerana semua menteri besar Umno sejak Harun Idris telah mengambil dan menjadikannya sebagai bayaran yang sah digunakan. Maknanya, halal lah tu. Malah pada satu peringkat Khir bersungguh-sungguh berkata, Khalid boleh memecat Pengurus Besar PKNS, salah satu syarikat kerajaan negeri kalau tidak mahu membayar insentif dan bonus itu kepada Khalid.
Dan di sinilah beza antara Khalid dan Khir Toyo. Ini bukan soal seorang lagi tak mahu terima dan seorang lagi balun sahaja. Menurut Faekah, menteri besar duduk di dalam GLC sebagai pegawai bukan eksekutif. Maknanya, samalah juga dengan menteri-menteri besar Umno sebelum ini. Mereka hanyalah pengarah yang bukan eksekutif.
Pengarah bukan eksekutif tidak boleh menerima insentif dan bonus kecuali ia telah melalui keputusan meluluskannya oleh pengarah eksekutif dan pemegang saham yang bersidang. Maknanya kalau syarikat GLC itu suka-suka hati bagi insentif dan bonus, ia adalah salah! Tapi Khir Toyo cakap benda ini dah jadi ikutan sejak dulu. Ikut sahajalah. Maknanya juga, kalau yang dulu terjun limbah air najis, semua kena ikut terjun?
Patutlah banyak syarikat kerajaan negeri asyik tak untung dan kalau untung pun ciput sangat jumlahnya. Rupanya mereka amalkan peraturan ikut sahajalah labu!
Dan kalau benarlah ini yang telah sekian lama berlaku, patutlah Allah tarik semua kuasa Umno dari kerajaan Selangor. Nampak sangat tak betulnya selama ini!