nuffnang ads

Sunday, September 12, 2010

KES KEHILANGAN DATUK SOOSILAWATI: BANTULAH CARI MAKLUMAT BERGUNA UNTUK PIHAK BERKUASA

PERSOALAN yang amat ingin diketahui orang ramai ialah:

1.Dengan siapa Soosilawati dan tiga yang lain berurusan, sebelum dia dilaporkan hilang
2.Adakah Soosilawati dan pemandunya menaiki keretanya tanpa ada orang lain bersama, sebelum keretanya ditemui. Begitu juga dengan Ahmad Kamil. Adakah dia yang memandu kereta itu sehingga ke Subang Jaya atau ada orang lain yang memandunya.
3.Jika benar suami Soosilawati terdengar percakapan isterinya: "Kau nak bawa aku ke mana?" seperti dilaporkan akhbar, kepada siapa dia mengucapkan kata-kata itu
4.Tentu ada orang melihat Soosilawati selepas dia beredar dari kedai kerepek di Sungai Lang, Banting. Siapakah orang itu dan adakah dia mahu memberikan maklumat mengenainya.
5.Adakah mereka telah pergi ke luar negara? Sehingga kini orang ramai tidak tahu sama ada jabatan imigresen telah membuat pengesahan atau tidak
6.Jika benar adik Soosilawati berkata kakaknya itu pernah mengeluh kerana ada orang cuba menipunya dalam perniagaan, siapakah orang itu. Atau adakah adiknya atau kakitangan lain tahu serba sedikit tentang orang yang dimaksudkan Soosilawati
7.Dengan siapakah transaksi pemberian atau pengeluaran wang pada jumlah yang banyak dilakukan sebelum dia dilaporkan hilang.
8.Apakah pihak bank boleh menceritakan aliran pergerakan keluar masuk wang di dalam akaun perniagaan atau persendirian Soosilawati. Adakah bank mengesan sedikit sebanyak transaksi yang mencurigakan.
9.Adakah terdapat cap jari orang lain yang mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan oleh pihak berkuasa pada 2 buah kereta yang ditemui di Subang Jaya.
10.Berdasarkan cara kereta BMW Ahmad Kamil diletakkan di dalam parkir ia menunjukkan kenderaan itu diletakkan secara tergesa-gesa kerana kedudukan kereta itu yang tidak masuk sepenuhnya di petak parkir. Adakah kemungkinan ia dipandu oleh Ahmad Kamil atau Return to list of postsorang lain. Tidak mustahil ia dilihat oleh seseorang di kawasan berdekatan. Mungkinkah orang ini boleh membantu.
11. Mungkinkah cctv di plaza tol Lebuhraya Kesas atau  Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur - Klang dapat membantu.
12.Kurangnya berita daripada ahli keluarga pemandu, Kamarudin berhubung kes kehilangan ini. Apakah pihak media tidak dapat mengesan ahli keluarga pemandu Soosilawati itu.

Semoga dengan catatan ini akan merangsang orang ramai untuk sama-sama mencari maklumat dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa, sekaligus dapat memecah kebuntuan kes kehilangan yang misteri ini. Kita masih menaruh harapan kepada kecekapan dan kebijaksanaan pihak berkuasa. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10