POLIS menjalankan siasatan segera bagi menentukan kematian pengasas kosmetik Aveer ada kaitan dengan kematian Datuk Sosilawati atau sebaliknya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata siadsatan akan dilakukan mencakupi pelbagai aspek bagi memastikan sama ada kematian Sarina yang ditemui tergantung di bilik tidurnya malam semalam, mempunyai kaitan dengan pengasas kosmetik Nouvelle Visage itu.
Ini difahamkan kerana anak lelaki sulung Sarina, mendakwa ibunya mungkin tertekan dan terlalu memikirkan tentang kematian Sosilawati sejak seminggu lalu.
Sarina, 45, adalah rakan karib Sosilawati dalam dunia perniagaan dan berkahwin kali kedua tahun ini. Setakat ini tidak dapat dipastikan punca kematiannya. Bagaimanapun, polis setakat ini mengkalsifikasikan kematian Sarina sebagai kematian mengejut.