JANGAN RISAU BEB. Kalau betul polis ada memeriksa pejabat Datuk T Murugiah dan klinik isterinya semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, harus bersifat terbuka dan tenangkan hati membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan berkata siasatan itu masih lagi berjalan kerana polis mendapat perkembangan baru yang boleh memberi gambaran lain.
Siasatan belum tentu mengesahkan beliau bersalah, namun siasatan itu wajar kerana T Murugiah pernah melaporkan kepada media yang dia didekati peguam suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati untuk menyertai parti MIC.
Peguam atau namanya M P A itu dikatakan meluahkan hasratnya ketika timbalan menteri itu hadir pada satu majlis penyerahan sumbangan kepada Orang Asli di Selangor, baru-baru ini.
T Murugiah juga ada membuat laporan polis dua hari lalu berkenaan SMS yang diterimanya yang cuba mengaitkan dirinya dengan suspek peguam berkenaan. Beliau ketika itu mendakwa dan percaya SMS itu dilakukan oleh pihak tertentu yang ada kepentingan politik.