DALAM tempoh dua minggu, dunia perniagaan kosmetik negara kita, khususnya orang Melayu berdepan berita mendukacitakan. Dalam tempoh itu dua ahli perniagaan wanita pengasas dua jenama kosmetik berbeza meninggalkan kita.
Datuk Sosilawati Lawiya, meninggalkan kita dalam keadaan amat mengharukan apabila dia menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dilakuka oleh sekumpulan manusia bertaraf lebih hina daripada binatang dan didalangi dua peguam adik beradik.
Sosilawati, pengasas kosmetik Nouvelle Visages mempunyai lebih 300 stokis dan pengedar bukan sahaja di negara ini, tetapi di beberapa negara luar seperti Indonesia dan Simgapura serta Thailand.
Namun terbaru malam semalam, kematian pengasas kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, 45, tentulah menambahkan lagi kejutan dan dukacita terutama mereka di dalam bidang perniagaan kosmetik.
Sarina adalah rakan karib Sosilawati. Dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidurnya malam semalam. Meninggalkan empat anak hasil perkongsian dengan suami pertamanya, Sarina juga dilaporkan telah berkahwin untuk kali kedua pada tahun ini. Alfatihah.