POLIS mencari dua lelaki, Shahrizan Zakaria, 20, dan Mohamad Akmal Hakim Ismail, 19, bagi membantu kes kehilangan tiga remaja berusia 14 tahun termasuk dua beradik kembar sejak 11 September lalu.
Percayalah, esok jumpalah mereka berdua. Jalan dah sempit untuk mereka melarikan diri!
Tiga remaja yang hilang itu ialah Nurulasyiqin dan Nurulain Kamarazmi dan Suhaili Abdul Razak. Mereka hilang sejak beraya di rumah kawan dan tidak pulang kecuali sekali menghubungi ibu mereka pada 15 September lalu konon memberitahu diri masing-masing selamat.
Esok baca sajalah suratkhabar. Seronok mahu mendengar apa cerita dua mamat itu dan tiga anak sunti yang hilang, sehingga merisaukan ibu bapa mereka.
Polis mungkin akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, menyerah sajalah wahai Shahrizan dan Mohamad Akmal. Aidilfitri masih ada. Ikut rasa binasa, ikut suka derita. Ikut hati mati. Esok bawa budak-budak tu balik!