nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

MEMO KEPADA UMNO

ROMBAKAN PENGURUSAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA WAJAR DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN JIKA KERAJAAN MAHU MELIHAT WUJUD SATU SUASANA HUBUNGAN YANG KONDUSIF DAN AKRAB DI ANTARA RAKYAT PEMBACA DAN AKHBAR BERKENAAN.

DAN ROMBAKAN INI AMAT PERLU DEMI MENJAGA MARUAH DAN HARGA DIRI UTUSAN MALAYSIA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN RENDAH DINILAIKAN OLEH MASYARAKAT PEMBACA.

PENGURUSAN KANAN MESTI DITUKAR DAN DIROMBAK SEGERA KERANA SELAGI AGENDA YANG SAMA DIPERTAHANKAN OLEH MEREKA, PENGEDARAN AKHBAR ITU TIDAK BOLEH MELONJAK NAIK. AKIBATNYA PENDAPATAN AKAN TERJEJAS DAN NASIB PEKERJA BUKAN PEMBUAT DASAR DALAM SYARIKAT AKAN TERUMBANG-AMBING.

SEHUBUNGAN ITU KERAJAAN MESTI SEGERA DAN BERTEGAS MEROMBAK PENGURUSAN KANAN UTUSAN MALAYSIA KERANA IA AKAN MEMBERI NAFAS BARU DAN HARAPAN BARU KEPADA SEMUA KAKITANGAN DAN PEKERJA BUKAN PEMBUAT DASAR.

AKHBAR UTUSAN MALAYSIA HARUS MENJADI AKHBAR DAN BUKAN PARLIMEN JALANAN ATAU MAHKAMAH TERBUKA TEMPAT KETUA PENGARANG ATAU PENGARANG KANAN MAHU BERTINDAK SEPERTI ORANG POLITIK ATAU HAKIM, SEWENANG-WENANG MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU MENJATUHKAN HUKUMAN. UTUSAN MALAYSIA HARUS BERDIRI DI ATAS PROFESIONALISME MENDUKUNG PENGUCAPAN BEBAS DAN BERTANGGUNGJAWAB SERTA TIDAK MENGAMALKAN SIKAP HIDUP TIDAK BERCERMINKAN REALITI.

MAKA ROMBAKAN MESTI DILAKUKAN SUPAYA MENJAUHI PENGARANG KANAN AKHBAR UTUSAN DARIPADA TERUS MEMBAWA KERUNTUHAN DEMI KERUNTUHAN SEHINGGA BOLEH MENJEJASKAN MASA DEPAN KAKITANGAN DAN PEKERJA MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJADI AKAR MENEGAKKAN POKOK.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10