nuffnang ads

Monday, September 13, 2010

PERKEMBANGAN KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

PASUKAN penyelam polis marin dipercayai menemui seutas jam tangan milik pemandu Datuk Sosilawati, Kamarudin Shamsudin dalam satu gerakan mencari di dalam Sungai Panchau petang tadi. Penemuan itu dipercayai ada kaitan dengan petunjuk yang diberikan oleh seorang suspek yang dibawa ke tempat berkenaan.

Dengan penemuan jam tangan berkenaan, polis kini dipercayai memperolehi lebih banyak bukti dalam usaha menyiasat dan menyelesaikan kes pembunuhan bakar dan bunuh yang membabitkan Sosilawati, Kamarudin, Ahmad Kamil dan Norhisham.

Sementara itu, di mahkamah polis turut berjaya mendapatkan satu perintah tahanan reman ke atas seorang lagi suspek yang ditahan sebelum ini, menjadikan empat daripada mereka berjaya direman setakat ini.

Gerakan mencari oleh pasukan polis marin bermula jam 4.30 petang tadi dan ditangguhkan pada jam 7 malam. Dalam pada itu tiga petugas media turut ditahan dan diberi amaran oleh pihak polis petang tadi kerana cuba memasuki kawasan larangan. Mereka dibebaskan 45 minit selepas itu.

Peguam bergelar Datuk yang berusia 40-an bersama adik lelakinya kini dipercayai menjadi dalang di sebalik kes pembunuhan kejam dan zalim di ladang ternakan lembu dan kambing Gadong, Tanjung Sepat yang dipercayai milik peguam berkenaan.

Kini ladang itu menjadi tumpuan kerana ia dipercayai menjadi lokasi pembunuhan bagi banyak kes yang didalanginya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10